Thursday , 5 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah, alami pembetulan teknikal
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah, alami pembetulan teknikal

Pasaran getah ditutup rendah, alami pembetulan teknikal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini pada Jumaat disebabkan pembetulan teknikal dalam pasaran niaga hadapan getah serantau susulan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh data ekonomi yang suram di China dan Amerika Syarikat (AS) ditambah dengan penurunan harga minyak.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap bekalan getah,\” katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun mengakhiri kenaikan tujuh hari berturut-turut pada Jumaat, dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan data pembuatan China yang suram tetapi ditetapkan untuk keuntungan mingguan dan bulanan.

“Harga minyak meneruskan kerugiannya pada Jumaat selepas peningkatan tidak dijangka dalam inventori bahan api AS, ditambah pula dengan petunjuk aktiviti perniagaan lemah di China, wujud kebimbangan semula mengenai permintaan bahan api yang perlahan,” katanya.

Beliau berkata ekonomi AS berkembang kurang daripada yang dijangkakan pada suku pertama dengan jangkaan kedua pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada 1.3 peratus berbanding 1.6 peratus dalam bacaan pertama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (MRB) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun 23.5 sen kepada RM832.5 sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 783 sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga penutup MRB untuk SMR 20 adalah 827 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 784 sen sekilogram.

Pasar getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin, 3 Jun 2024 untuk cuti umum sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan akan beroperasi semula pada hari berikutnya. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...