Saturday , 28 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup lebih rendah sejajar dengan trend serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup lebih rendah sejajar dengan trend serantau

Pasaran getah ditutup lebih rendah sejajar dengan trend serantau

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini selepas diheret oleh aliran menurun pasaran hadapan getah serantau menjelang bacaan inflasi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Penurunan dalam inventori getah asli (NR) dan data ekonomi yang positif di China di tengah-tengah gangguan bekalan akibat hujan lebat di negara pengeluar utama getah asli bagaimanapun, membantu mengekang pasaran daripada kerugian selanjutnya.

“Kerugian turut diimbangi oleh pemulihan dalam harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keuntungan dua hari berturut-turut dalam niaga hadapan getah Jepun terjejas pada Rabu selepas menyusut lebih 1.5 peratus apabila kontrak itu menjejaki harga minyak mentah dan getah sintetik yang lebih rendah.

Katanya, harga minyak meningkat hari ini walaupun terdapat lonjakan mendadak dalam simpanan AS, didorong oleh risiko geopolitik daripada konflik di Timur Tengah termasuk jangkaan pengeluaran inventori akhirnya pada musim permintaan puncak suku ketiga.

Minyak mentah Brent naik 0.22 peratus kepada US$85.21 setong.

“Dilaporkan bahawa jumlah inventori NR yang disimpan di gudang di Qingdao, China telah jatuh sebanyak 28 peratus kepada 468,000 tan berbanding 647,000 tan yang dipegang pada awal tahun ini,” tambahnya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun tujuh sen kepada 795.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot sebanyak tujuh sen kepada 738 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 795.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 730.5 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...