Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut
Perniagaan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat berikutan pasaran Jepun dan China yang ditutup sempena cuti umum, kata peniaga.

Beliau berkata penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah dan prospek ekonomi global yang positif menjelang data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dikeluarkan hari ini.

“Harga minyak meningkat daripada paras terendah dalam tempoh hampir tujuh minggu pada Jumaat dan ke arah penurunan pada minggu ini berikutan petunjuk simpanan stok dan pengeluaran AS yang kukuh melenyapkan harapan untuk pasaran minyak mentah yang terhad dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 1.5 sen kepada 754 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal naik satu sen kepada 717 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 753.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 717 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...