Home Perniagaan Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan

Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan

Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan disebabkan kekangan bekalan yang terhad dan permintaan sektor pembuatan yang bertambah baik / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan disebabkan kekangan bekalan yang terhad dan permintaan sektor pembuatan yang bertambah baik.

Senario tersebut menyebabkan lebih banyak bahan mentah diperlukan.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Oon Kim Hung berkata bekalan yang terhad disebabkan kekurangan penoreh getah, cuaca panas yang melampau dan situasi logistik perkapalan serta konflik di Asia Barat.

Dalam masa sama, kenaikan dalam kadar tambang juga merupakan faktor yang memungkinkan harga getah meningkat lagi.

Pada minggu ini, pasaran getah tempatan diniagakan lebih rendah sejajar dengan aliran menurun dalam pasaran hadapan getah serantau.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup, esok, berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan akan beroperasi semula pada hari berikutnya.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

KWSP sasar peratusan lebih tinggi untuk simpanan asas

Foto RTMGEORGE TOWN, 26 September – Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) mensasarkan...