Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Perniagaan

Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil

Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil

FOTO Livevartha

KUALA LUMPUR, 11 November- Pasaran getah Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan berikutan musim hujan melanda negara pengeluar dan ketidaktentuan ekonomi semasa, kata Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia Denis Low.

Beliau berkata prospek global masih lembap dan memerlukan pendekatan yang sesuai untuk urus niaga komoditi itu.

\”Berkemungkinan berlakunya peningkatan permintaan disebabkan kecenderungan penambahan dan bukannya peningkatan dalam jumlah penggunaan,\” katanya kepada Bernama.

Memetik data kastam pada Selasa, Low berkata eksport China menyusut 6.4 peratus pada Oktober berbanding tahun sebelumnya, manakala import meningkat tiga peratus bulan lepas.

“Ini menunjukkan bahawa permintaan global kekal lemah dan momentum ekonomi perlahan walaupun permintaan domestik di China telah bertambah baik.

\”Permintaan global yang lemah mungkin memberi kesan kepada penggunaan getah, justeru data eksport (China) mungkin menjejaskan keyakinan pasaran dan peniaga mungkin lebih berwaspada dan berhati-hati apabila menambah inventori,\” katanya.

Bagi minggu ke minggu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 2.5 sen kepada 690.0 sen sekilogram daripada 692.5 sen sekilogram sebelum ini manakala lateks pukal turun 13 sen kepada 549.5 sen sekilogram daripada 562.5 sen sekilogram.

Pada pukul 5 petang Jumaat, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 berada pada 693.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 549.5 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...