Saturday , 7 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah dijangka bergerak dalam julat kecil minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah dijangka bergerak dalam julat kecil minggu depan

Pasaran getah dijangka bergerak dalam julat kecil minggu depan

Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat kecil dengan kecenderungan menaik minggu depan berikutan harga dan permintaan kukuh secara berterusan di sebalik hasil yang lebih rendah / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat kecil dengan kecenderungan menaik minggu depan berikutan harga dan permintaan kukuh secara berterusan di sebalik hasil yang lebih rendah, kata seorang pakar.

Pakar industri, Denis Low berkata hasil yang lebih rendah adalah disebabkan oleh hujan di beberapa negara pengeluar getah menjejaskan produktiviti.

“Kini semakin sukar untuk meramalkan keadaan cuaca. Sehubungan itu, mungkin terdapat beberapa aktiviti penyimpanan stok serta proses penambahan semula kerana ketidaktentuan cuaca adalah faktor kritikal dan membimbangkan. Ini mungkin menyebabkan minat meningkat sedikit pada minggu-minggu akan datang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata situasi geopolitik ketika ini juga mempengaruhi harga komoditi tertentu di luar jangkaan sambil mengekang beberapa juga.

Harga minyak dan gas yang tidak menentu adalah isu serius yang boleh menjejaskan perniagaan manakala kekuatan dolar US boleh menjejaskan imbangan pembayaran, katanya.

Sementara itu, seorang peniaga lain berkata harga getah akan terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) dan penanda aras harga minyak mentah.

“Peniaga akan terus memantau petunjuk lanjut mengenai prospek kadar faedah AS dan langkah-langkah rangsangan daripada hubungan perdagangan China dan AS-China serta mengambil perhatian terhadap konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah,” katanya.

Minggu ini, pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan momentum menaiknya daripada minggu sebelumnya, disokong oleh jualan kereta China yang kukuh dan pengeluaran getah asli merosot, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

DoSM telah melaporkan bahawa pengeluaran getah asli Malaysia turun sebanyak 9.2 peratus pada Mac 2024 (26,966 tan metrik) berbanding Februari 2024 (29,691 tan metrik) manakala perbandingan tahun ke tahun juga menunjukkan pengeluaran getah asli susut sebanyak 0.8 peratus (Mac 2023: 27,188 tan).

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 melonjak 1.9 peratus atau 15 sen kepada 782.5 sen sekilogram daripada 767,5 sen yang dicatatkan pada minggu lepas, manakala lateks pukal naik 1.1 peratus atau 8.0 sen kepada 733.5.5 sen sekilogram berbanding 725.5 sen sebelumnya.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 783.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 736.5 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...