Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Pasaran getah dijangka bergerak dalam jajaran terhad minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah dijangka bergerak dalam jajaran terhad minggu depan

Pasaran getah dijangka bergerak dalam jajaran terhad minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran terhad dengan kecenderungan untuk meningkat dan agak stabil minggu depan selepas mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu, kata seorang pakar industri.

Bekas Presiden Persatuan Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Denis Low berkata keadaan cuaca yang tidak menentu telah menjejaskan pengeluaran getah dan melonjakkan harga getah minggu lepas manakala beberapa aktiviti penyimpanan stok mungkin meningkatkan sedikit minat minggu depan.

\”Selain itu, berikutan pemulihan industri automobil dan tayar global, ia berkemungkinan menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran minggu depan,\” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata risiko geopolitik dan sekatan yang meningkat disebabkan ketegangan antara negara turut dilihat mengganggu aliran perdagangan.

“Keadaan ini menyebabkan masalah rantaian bekalan dan menjejaskan harga komoditi yang membawa kepada kekurangan sumber utama seperti minyak dan gas serta menjejaskan pengeluaran perindustrian di seluruh dunia,” katanya.

Seorang peniaga berkata harga pasaran getah tempatan akan terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau, ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS, dan harga minyak mentah penanda aras, di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai gangguan bekalan getah asli (NR) yang berpanjangan akibat keadaan cuaca yang tidak baik dan penurunan inventori getah di China.

“Peniaga akan terus memantau petunjuk lanjut mengenai prospek kadar faedah AS dengan menumpukan ucapan pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), penunjuk ekonomi dari China dan hubungan perdagangan AS-China sambil berhati-hati memerhatikan konflik geopolitik yang berterusan di Timur Tengah,” katanya.

Pada minggu yang baru berakhir, pasaran getah tempatan didagangkan lebih tinggi sejajar dengan kenaikan dalam pasaran hadapan getah serantau.

Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Jumaat dengan harga SMR 20 berada pada paras tertinggi sejak 2017.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 40 sen kepada 822.5 sen sekilogram daripada 782.5 sen minggu lepas, manakala lateks pukal menokok 33 sen kepada 766.5 sen sekilogram daripada 733.5 sen sebelumnya.

Pada 5 petang Jumaat, harga rujukan LGM untuk fizikal SMR 20 berada pada 817.0 sen sekilogram manakala lateks pukal ialah 769.0 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...