Monday , 18 November 2024
Home Perniagaan Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil tahun ini
Perniagaan

Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil tahun ini

Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil tahun ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 April– Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil tahun ini dengan purata kadar pengangguran pada 3.2 peratus.

Ini dilihat konsisten dengan kadar tahun lepas iaitu sebanyak 3.4 peratus.

Melalui nota penyelidikan, Kenanga Investment Bank Berhad memaklumkan unjuran itu mencerminkan pertumbuhan pekerjaan yang berterusan.

Sebahagian besarnya disebabkan oleh pengembangan berterusan dalam aktiviti ekonomi dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh.

Selain itu, pihaknya juga menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 3.3 peratus pada suku pertama 2024 dengan keseluruhan jangkaanpertumbuhan KDNK tahun ini antara 4.5 hingga 5 peratus.

Disasar pemulihan dalam sektor perkilangan, didorong oleh trend menaikdalam teknologi serta realisasi pelaburan diluluskan yang direkodkan tahun lepas untuk meningkatkan lagi aktiviti pengambilan pekerja dalam beberapa bulan akan datang.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...