Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Pasaran ayam diharap lebih cekap, bersaing sihat – Penganalisis Ekonomi
Perniagaan

Pasaran ayam diharap lebih cekap, bersaing sihat – Penganalisis Ekonomi

Pasaran ayam diharap lebih cekap, bersaing sihat – Penganalisis Ekonomi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Penamatan subsidi dan kawalan harga ayam adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, menurut penganalisis ekonomi.

Profesor Madya Dr. Ida Yasin berkata, pengapungan harga yang diimbangi oleh penawaran dan permintaan membolehkan pasaran kembali bebas dan bersaing secara sihat.

Jelasnya, ia juga langkah tepat dalam mengurangkan ketirisan subsidi yang ketika ini turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

\”Itulah yang dikatakan peralihan daripada subsidi untuk semua kepada subsidi bersasar.

\”Jadi diharapkan dengan tindakan ini, pasaran ayam akan menjadi lebih cekap kerana ia bergantung kepada permintaan dan penawaran,\” katanya kepada pemberita.

Justeru, Ida Yasin berkata, penjimatan subsidi sehingga RM100 juta sebulan akan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan tersebut kepada kumpulan sasar seperti golongan B40 dan miskin tegar.

Semalam,Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan bersetuju agar subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa esok.

Ia selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidisecara berfasa yang dilaksanakan kerajaan.

Dalam pada itu, Malaysia juga mempunyai kapasiti pengeluaran ayam dan telur pada tahap yang mencukupi.

Namun, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pergantungan negara kepada makanan ayam yang diimport seperti jagung dan kacang soya menjadi antara indikator yang membawa kepada kekurangan pengeluaran bekalan ayam.

Ia sekaligus memaksa kerajaan mencari solusi terbaik termasuk melaksanakan pengapungan harga dan penghapusan subsidi dalam usaha menyusun semula harga dan bekalan mengikut keperluan semasa.

\”Pembangunan sekuriti makanan negara turut memerlukan kepada pasaran bebas supaya pihakswasta mahupun kerajaan dapat menilai faedah yang lebih tepat berdasarkan situasi ekonomi semasa.

\”Dengan menghapuskan subsidi pukal, kerajaan boleh membantu golongan B40 dan M40 yang terkesan. Misalnya, memberikan subsidi bersasar secara langsung kepada setiap warganegara Malaysia yang layak,\” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...