Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Paras hutang negara dijangka berkurangan menjelang 2028
Perniagaan

Paras hutang negara dijangka berkurangan menjelang 2028

Paras hutang negara dijangka berkurangan menjelang 2028

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Ekonomi yang diadakan di Putrajaya / FOTO FB Kementerian Ekonomi

PUTRAJAYA, 8 Januari– Paras hutang negara dijangka berkurangan menjelang 2028 dengan pengukuhan fiskal berterusan.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sasaran defisit fiskal 5.0 peratus bagi 2023 disasar dapat dicapai, dan juga sasaran defisit tahun 2024 sebanyak 4.3 peratus yang dijangka akan boleh dicapai susulan penyasaran semula subsidi.

\”Kalau pertumbuhan ekonomi yang dijana menerusi bidang berpertumbuhan dan bernilai tinggi (HGHV) baharu menampakkan hasil, pengurangan hutang akan menjadi lebih pantas mengatasi apa yang kita rancangkan,\” katanya demikian pada Majlis Amanat Menteri Ekonomi yang diadakan di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU), Rafizi berkata ia dapat mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan, menjimatkan masa serta wang negara.

Malah kata Rafizi lagi, ia boleh mengintegrasikan operasi kerajaan ke satu platform digital yang boleh diakses dengan lebih pantas.

Dalam pada itu, Rafizi turut memaklumkan reformasi pasaran kerja akan menjadi tumpuan utama bagi proses penggubalan dasar Rancangan Malaysia Ke-13, tahun ini.

Menurut Rafizi, reformasi itu akan memastikan pengurusan pasaran kerja dan bakat yang lebih berdaya saing, bagi memenuhi aspirasi negara dalam pertumbuhan industri baharu.

\”Dasar gaji progresif hanyalah satu komponen.

\”Kumpulan di Kementerian yang terlibat dengan \’Academy in industry\’ adalah satu komponen.

\”Semua komponen-komponen ini akan digarapkan bersama kementerian lain untuk membentuk gagasan reformasi pasaran kerja kerana cabaran utama dalam ekonomi kita adalah reformasi pasaran kerja\”, katanya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...