KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2023 mendapati 94 peratus daripada respondennya mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka tahun ini.
Menurut RMFLS, ini bagi berdepan cabaran global yang berterusan dan inflasi yang meningkat.
\”Sebanyak 55 peratus responden pula mengaku mereka berasa cemas dan kecewa memikirkan keadaan kewangan semasa mereka.
\”Selain itu, sebanyak 94 peratus responden berdepan dengan ancaman penipuan secara dalam talian,\” kata RMFLS menerusi kenyataan.
RMFLS optimis cabaran tersebut boleh diatasi melalui kerjasama semua pihak meliputi kerajaan, industri perkhidmatan kewangan dan rakyat.