Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan OPR kekal, bukti strategi kewangan negara berada di landasan tepat- Penganalisis
Perniagaan

OPR kekal, bukti strategi kewangan negara berada di landasan tepat- Penganalisis

OPR kekal, bukti strategi kewangan negara berada di landasan tepat- Penganalisis

Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus membuktikan strategi kewangan dan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan, kadar inflasi keseluruhan dan kadar pengangguran yang menurun menyokong kepada keputusan Bank Negara Malaysia (BNM).

\”Merupakan satu yang menunjukkan bahawa dasar keseluruhan ekonomi kita sangat baik. Biasanya kadar OPR dikaitkan dengan kadar inflasi dan kadar pekerjaan. Tidak memerlukan satu tindakan untuk menaikkan kadar OPR. Kadar pengganguran menurun sedikit, merupakan satu kejayaan,\”katanya.

Tambahnya, Malaysia perlu terus mengekalkan kadar inflasi dengan memastikan kecairan di pasaran tidak meningkat.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi RTM.

Hari ini, BNM memaklumkan OPR dikekalkan kepada 3.00 peratus pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...