Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan OPR kekal 3 peratus
Perniagaan

OPR kekal 3 peratus

OPR kekal 3 peratus

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kadar Dasar Semalaman; OPR kekal pada 3 peratus.

Pengekalan itu diputuskan dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari; MPC Bank Negara Malaysia.

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa, berhubung prospek inflasi dan pertumbuhan.

Pada masa sama, MPC tetap waspada terhadap perkembangan semasa dan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

Ekonomi global terus berkembang meskipun secara sederhana, disokong permintaan dalam negeri, berikutan aktiviti perdagangan yang bertambah baik.

Bagaimanapun, pendirian dasar monetari global dijangka terus ketat dalam tempoh terdekat, dengan inflasi terus berada pada paras melebihi purata.

Di peringkat domestik, ekonomi Malaysia berkembang 3.7 peratus pada 2023.

Tahun ini, pertumbuhan dijangka meningkat didorong pemulihan eksport dan perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...