Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Operasi CGS International Securities di Malaysia bukti keutuhan hubungan perdagangan KL-China
Perniagaan

Operasi CGS International Securities di Malaysia bukti keutuhan hubungan perdagangan KL-China

Operasi CGS International Securities di Malaysia bukti keutuhan hubungan perdagangan KL-China

Lim Hui Ying (KANAN) ketika menghadiri majlis pelancaran penjenamaan semula CGS International Securities Malaysia (CGS MY)

KUALA LUMPUR, 24 April- Operasi dan pelaburan berterusan CGS International Securities Pte Ltd di negara ini mencerminkan keutuhan hubungan perdagangan Malaysia-China.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, hubungan itu boleh diperkukuhkan lagi dengan memanfaatkan kelebihan dan peluang kerjasama baharu.

Pada masa hadapan, hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung kepada penglibatan berterusan dan usaha menggalakkan pembangunan mampan dan kemakmuran.

\”Kami mengharapkan inovasi lebih besar dan akses serantau yang lebih maju memandangkan CGS International merupakan penghubung dan pintu masuk untuk bukan sahaja pelabur China dan antarabangsa yang ingin melabur dan beroperasi di Malaysia, malah untuk pelabur dan syarikat Malaysia yang mencari peluang yang lebih luas di rantau ini,\”katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran penjenamaan semula CGS International Securities Malaysia (CGS MY).

Penjenamaan semula itu susulan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam CGS-CIMB Securities (Malaysia) oleh China Galaxy Securities (CGS) pada 29 Disember 2023.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...