Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Operasi BNM dorong kadar jangka pendek kekal stabil hari ini
Perniagaan

Operasi BNM dorong kadar jangka pendek kekal stabil hari ini

Operasi BNM dorong kadar jangka pendek kekal stabil hari ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 November-Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM47.31 bilion dan RM23.21 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat hari ini akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensionalyang terdiri daripada tender RM1 bilion selama lapan hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender Qard iaitu tender RM200 juta untuk jangka masa lapan hari dan tender RM600 juta (14 hari) serta dua tender repo berbalik yang terdiri daripada tender RM1.5 bilion (30 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menawarkan sehingga RM47.8 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM22.4 bilion bagi tender semalaman murabahah.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...