Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini
Perniagaan

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Disember– Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM33.33 bilion dan RM33.19 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

BNM juga akan mengadakan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk jangka masa 31 hari dan 91 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM600 juta (tujuh hari) dan tender RM400 juta (14 hari).

Selain itu, ia turut mengumumkan terbitan tender Bank Islam Antara Bank Bank Negara pada 6 Dis bernilai RM2.5 bilion selama 33 hari, ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM33.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM32.2 bilion.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...