Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil
Perniagaan

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM36.55 bilion dan RM32.17 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

BNM juga dijadual mengadakan dua tender repo berbalik melibatkan sejumlah RM1 bilion masing-masing untuk jangka masa 32 dan 91 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM500 juta selama tujuh hari dan tender RM200 juta untuk 14 hari.

Selain itu, bank pusat akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM37.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM31.5 bilion.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...