Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Operasi BNM bantu kadar antara bank jangka pendek kekal stabil
Perniagaan

Operasi BNM bantu kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Operasi BNM bantu kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM41.51 bilion dan sejumlah RM31.15 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia turut mengadakan dua tender repo berbalik iaitu RM1 bilion bagi jangka masa 29 dan 91 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM600 juta (tujuh hari) dan tender RM100 juta (14 hari).

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM42.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM30.5 bilion.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...