KUALA LUMPUR, 27 September- Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional (NSRF) berperanan penting dalam memupuk ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaporan kemampanan.
Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, NSRF akan memacu daya saing sektor korporat Malaysia, ke arah masa depan lebih mampan dan berdaya tahan.
Susulan pelancaran NSRF, beliau yang juga Ketua Eksekutif PNB memaklumkan, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat pelaburan dan syarikat tersenarai dengan pegangan PNB.
Ia bagi memastikan firma berkaitan memenuhi keperluan yang ditetapkan bawah NSRF.
NSRF dilancarkan Selasa lalu oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ia menggariskan pendekatan negara untuk pelaporan kemampanan, penggunaan piawaian pendedahan mengikut Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa serta rangka kerja untuk jaminan kemampanan.