Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Normalisasi OPR, beri ruang BNM bertindak balas ketidaktentuan ekonomi
Perniagaan

Normalisasi OPR, beri ruang BNM bertindak balas ketidaktentuan ekonomi

Normalisasi OPR, beri ruang BNM bertindak balas ketidaktentuan ekonomi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Februari– Normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) sejak 2022 memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak balas terhadap ketidaktentuan masa hadapan.

Jelas Ketua Pakar Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, keadaan monetari semasa menyaksikan kadar faedah sebenar berlegar pada 1.5 peratus pada Disember 2023, berbanding purata jangka masa panjang 0.6 peratus.

Beliau tidak menolak kemungkinan BNM mengurangkan OPR, sekiranya momentum pertumbuhan tidak stabil seperti kadar kelulusan pembiayaan bank yang turun kepada 49.9 peratus pada Disember 2023.

Dalam pada itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat 2023 adalah pada 3.0 peratus, iaitu di bawah jangkaan awal pada 3.4 peratus.

Tambahnya, walaupun pasaran buruh terus bertambah baik, yang membolehkan isi rumah berbelanja, namun pelbagai isu berkaitan kos sara hidup lebih tinggi menyebabkan pengguna berhati-hati dalam perbelanjaan.

Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang bergerak di bawah 100 mata untuk empat suku berturut-turut juga menandakan pengguna kebanyakannya pesimis mengenai keadaan ekonomi semasa.

Sebagai negara ekonomi terbuka, Malaysia terdedah kepada sebarang pergeseran melibatkan permintaan luar yang akan memberi kesan kepada eksport dan sektor pembuatan negara.

Justeru permintaan domestik akan menjadi sokongan utama yang akan merangsang pertumbuhan keseluruhan ekonomi Malaysia untuk kekal stabil dan berdaya tahan pada 2024.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...