Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan NIMP 2023, 90 peratus pembiayaan swasta diperlukan
Perniagaan

NIMP 2023, 90 peratus pembiayaan swasta diperlukan

NIMP 2023, 90 peratus pembiayaan swasta diperlukan

Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) juga memainkan peranan penting dalam ekosistem ini dengan menawarkan jaminan kredit / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 November – Sebanyak 90 peratus pembiayaan swasta diperlukan bertujuan mempercepat pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata pembiayaan diperoleh menerusi pelbagai sumber kewangan seperti ekuiti, pasaran modal serta institusi kewangan tempatan dan antarabangsa.

\”Menyedari kepentingan pembiayaan bank inisiatif ini juga disokong oleh institusi kewangan seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerjasama dengan pelbagai institusi kewangan swasta.

\”Strategi ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai pilihan pembiayaan dengan pelbagai saiz bergantung kepada keperluan industri,\” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Ku Abdul Rahman Ku Ismail mengenai perincian NIMP 2023.

Tambah Liew, Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) juga memainkan peranan penting dalam ekosistem ini dengan menawarkan jaminan kredit.

Ini katanya bagi mengurangkan risiko terhadap institusi kewangan swasta serta dapat meningkatkan aksesibiliti pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...