Home Perniagaan Nilai ringgit bertambah 2.5% berbanding dolar AS pada Julai
Perniagaan

Nilai ringgit bertambah 2.5% berbanding dolar AS pada Julai

Nilai ringgit bertambah 2.5% berbanding dolar AS pada Julai

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Nilai ringgit bertambah 2.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Julai lalu.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, ia seiring kebanyakan mata wang serantau yang meningkat dengan purata satu peratus pada tempoh sama.

Menerusi Sorotan Bulanannya bagi Julai 2024, bank pusat turut menjelaskan, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun susut 14 mata asas berbanding purata serantau pada 25 mata asas.

Ini seiring penurunan kadar hasil bon AS.

Manakala, FBM KLCI didagangkan 2.2 peratus lebih tinggi berbanding purata serantau dua peratus.

Pasaran kewangan domestik didorong terutamanya oleh perkembangan global, khususnya perubahan jangkaan terhadap hala tuju dasar monetari AS.

Sementara itu, kedudukan mudah tunai dan pendanaan bank terus menyokong aktiviti pengantaraan.

Sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat nisbah perlindungan mudah tunai sebanyak 150.8 peratus.

Related Articles

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...