Home Perniagaan Niaga hadapan MSM ditutup tinggi seiring prestasi minyak soya CBOT
Perniagaan

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi seiring prestasi minyak soya CBOT

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi seiring prestasi minyak soya CBOT

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, dipacu momentum kenaikan semalaman niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata prestasi amat positif itu turut dipengaruhi oleh pemulihan niaga hadapan minyak sayuran China dalam waktu dagangan Asia.

“Momentum kenaikan harga tenaga juga menyumbang secara positif terhadap prestasi pasaran,\” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak masing-masing Julai 2024 menokok RM22 kepada RM3,959 satu tan, Ogos 2024 meningkat RM31 kepada RM3,941 satu tan, September 2024 meraih RM37 pada RM3,920 satu tan, Oktober 2024 menambah RM38 kepada RM3,904 satu tan, November 2024 naik RM43 kepada RM3,905 satu tan manakala Disember 2024 melonjak RM42 kepada RM3,919 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 52,256 lot daripada 81,421 lot pada semalam dan kepentingan terbuka susut kepada 219,156 kontrak daripada 229,789 kontrak, sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan menokok RM20 pada RM3,990 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...