Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan permintaan lemah
Perniagaan

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan permintaan lemah

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 12 September- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurunnya bagi hari ketujuh berturut-turut untuk ditutup rendah hari ini berikutan permintaan lemah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata MSM diniagakan rendah apabila kebimbangan terhadap peningkatan paras stok di negara ini terus memberi tekanan kepada sentimen pasaran dalam tempoh terdekat ini.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM 3,600 setan metrik dan paras ketahanan pada RM3,850,” katanya kepada Bernama.

Ketua penyelidik komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata MSM tidak dapat mengekalkan kenaikannya yang dicatatkan pada awal dagangan, bergerak seiring dengan prestasi lemah di Dalian Commodity Exchange semasa jam dagangan Asia, ditambah dengan penurunan niaga hadapan minyak soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

Kontrak September 2023, Oktober 2023 dan November 2023 semuanya turun RM30 masing-masing kepada RM3,598, RM3,620 dan RM3,683 setan metrik, manakala Disember 2023 jatuh RM37 kepada RM3,732.

Kontrak Januari 2024 susut RM43 kepada RM3,780 setan metrik dan Februari 2023 berkurangan RM38 kepada RM3,819 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 90,816 lot daripada 37,071 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 207,774 kontrak daripada 240,196 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan turun RM70 kepada RM3,680 setan metrik. -Livevartha

(Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan permintaan lemah)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...