Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan msm ditutup rendah, menjejaki kelemahan CBOT
Perniagaan

Niaga hadapan msm ditutup rendah, menjejaki kelemahan CBOT

Niaga hadapan msm ditutup rendah, menjejaki kelemahan CBOT

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Mei– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan kejatuhan dalam niaga hadapan Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) pada waktu Asia, kata seorang peniaga.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani berkata angka eksport minyak sawit Malaysia pada April menunjukkan penurunan dari bulan ke bulan.

Intertek Testing Services menganggarkan eksport minyak sawit berada pada 1.21 juta tan iaitu 8.97 peratus lebih rendah daripada anggaran Mac, manakala AmSpec Agri Malaysia menilainya pada 1.14 juta tan, susut 11.46 peratus.

“Sementara itu, data daripada Persatuan Pengilang Minyak Sawit Selatan untuk April menunjukkan pengeluaran minyak sawit kilang-kilang di selatan semenanjung meningkat sebanyak 3.76 peratus dari bulan ke bulan,

“Pasaran kini menunggu anggaran pengeluaran minyak sawit bulan April daripada UOB Kay Hian serta Persatuan Minyak Sawit Malaysia menjelang tinjauan bekalan dan permintaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi April daripada agensi,” katanya kepada Bernama.

Peniaga minyak sawit David Ng mengaitkan harga MSM yang lebih rendah disebabkan kebimbangan terhadap lebihan dalam pengeluaran tetapi eksport yang agak lemah yang melanda sentimen pasaran.

“Paras sokongan harga hari ini ialah pada RM3,800 satu tan, dengan rintangan jangka pendek berada pada RM3,900,” katanya.

Pada penutup, kontrak bulan semerta bagi Mei 2024 turun RM5 kepada RM3,890 satu tan, Jun 2024 susut RM4 kepada RM3,870 satu tan dan Julai 2024 merosot RM2 kepada RM3,844 satu tan.

Ogos 2024 pula meningkat RM1 kepada RM3,832 satu tan, September 2024 melonjak RM4 kepada RM3,828 satu tan, manakala Oktober 2024 jatuh RM1 kepada RM3,829 satu tan.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan adalah lebih rendah sebanyak RM20 kepada RM3,930 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...