Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM ditutup rendah, jejaki pasaran minyak kacang soya
Perniagaan

Niaga hadapan MSM ditutup rendah, jejaki pasaran minyak kacang soya

Niaga hadapan MSM ditutup rendah, jejaki pasaran minyak kacang soya

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 April– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut hari ini seiring dengan kelemahan pesaingnya minyak kacang soya serta niaga hadapan olein sawit di Bursa Komoditi Dalian, yang mempengaruhi sentimen pasaran.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pihaknya mengesan paras sokongan pada RM4,200 satu tan dan paras rintangan pada RM4,400 satu tan.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang beribu pejabat di Mumbai, Anilkumar Bagani pula memberitahu Bernama, tumpuan telah beranjak kepada data Mac Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi tahap eksport, pengeluaran dan stok, yang akan terlewat daripada biasa kerana dikeluarkan pada 15 April berikutan cuti umum Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Memetik previu MPOB, menurutnya inventori minyak sawit Malaysia pada akhir Mac dilihat dalam julat 1.69 juta tan hingga 1.79 juta tan.

MPOB pada bulan lepas memaklumkan jumlah stok minyak sawit Malaysia turun lima peratus kepada 1.92 juta tan pada akhir Februari 2024 daripada 2.02 juta tan pada Januari 2024.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 turun RM40 kepada RM4,514 satu tan, Mei 2024 susut RM41 kepada RM4,382 satu tan, Jun 2024 berkurangan RM48 kepada RM4,295 satu tan, dan Julai 2024 rendah RM53 kepada RM4,220 satu tan.

Kontrak Ogos 2024 berkurangan RM56 kepada RM4,142 satu tan dan September 2024 menyusut RM57 ke RM4,077 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 67,914 lot daripada 71,980 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 265,695 kontrak daripada 268,274 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan rendah RM40 kepada RM4,530 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...