Tuesday , 24 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM ditutup meningkat
Perniagaan

Niaga hadapan MSM ditutup meningkat

Niaga hadapan MSM ditutup meningkat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih meningkat, menjejaki prestasi pasaran minyak soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT).

Peniaga minyak sawit David Ng berkata penurunan harga baru-baru ini turut menarik minat belian.

“Sentimen lebih positif itu menjadikan harga meningkat dan kami mengesan paras sokongan pada RM3,650 satu tan manakala rintangan pada RM3,820 satu tan,” katanya Bernama.

Sewaktu ditutup, kontrak November 2023 menokok RM4 kepada RM3,675 satu tan, Disember 2023 naik RM8 kepada RM3,739 satu tan, Januari 2024 menambah RM13 kepada RM3,775 satu tan, Februari 2024 meraih RM16 kepada RM3,800 satu tan, Mac 2024 meningkat RM20 kepada RM3,814 satu tan dan April 2024 melonjak RM25 pada RM3,813 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun merosot kepada 45,858 lot daripada 66,541 pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 212,089 kontrak daripada 215,447 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan kekal tidak berubah pada RM3,690 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...