Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan msm dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan msm dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan

Niaga hadapan msm dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah, dengan kecenderungan menyusut minggu depan menjelang pengeluaran anggaran laporan tanaman utama, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga bergerak antara RM3,820 dan RM3,980 satu tan minggu depan.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani pula berkata, harga MSM dijangka kekal dalam jajaran RM3,800-RM4,050 satu tan pada minggu akan datang.

Beliau berkata faktor panduan bagi pasaran adalah pergerakan minyak campuran dan prospek eksport dan pengeluaran minyak sawit Malaysia untuk sebulan penuh.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata niaga hadapan MSM dijangka mengalami dagangan yang lebih rendah dalam keadaan pembetulan teknikal.

“Kami menjangkakan MSM akan diniagakan antara RM3,700 dan RM3,800 satu tan.

“Permintaan fizikal sewajarnya dari China, India, Pakistan dan Timur Tengah. Di Malaysia, kita masih mempunyai banyak stok dan tiada kekurangan minyak sawit,” katanya.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat RM46 kepada RM3,976 satu tan manakala Ogos 2024 naik RM21 kepada RM3,932, September 2024 menokok RM16 kepada RM3,916, Oktober 2024 menambah RM13 kepada RM3,905 satu tan dan November 2024 naik RM5 kepada RM3,903 satu tan.

Disember 2024 pula rendah RM3 kepada RM3,911.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 287,750 lot daripada 241,271 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 203,691 kontrak daripada 215,347 kontrak minggu lepas.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan menambah RM20 kepada RM4,000 satu tan pada Jumaat berbanding RM3,980 pada minggu sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...