Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan dengan kecenderungan menyusut
Perniagaan

Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan dengan kecenderungan menyusut

Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan dengan kecenderungan menyusut

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menyusut minggu depan dalam keadaan jangkaan permintaan yang lembap dan kadar pengeluaran yang lebih tinggi.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan pasaran akan diniagakan antara RM3,750 dan RM3,900 minggu depan,” kata peniaga minyak sawit David Ng kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, fokus pasaran pada minggu depan akan terarah kepada pengeluaran bekalan dan permintaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi Januari dengan pasaran menjangkakan pengurangan inventori minyak sawit Malaysia berikutan pengeluaran menyusut dua angka manakala eksport turut rendah.

Bagi minggu yang baru berakhir, niaga hadapan MSM diniagakan kebanyakannya tinggi berikutan jangkaan pengeluaran yang rendah untuk tempoh sebulan lagi, prestasi minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), dan jangkaan paras stok yang lebih rendah di negara ini.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta Februari 2024 meraih RM132 hingga RM3,920 satu tan, Mac 2024 dan April 2024 masing-masing meningkat RM120 mata kepada RM3,914 satu tan dan RM3,884 satu tan, Mei 2024 meningkat RM109 kepada RM3,830 satu tan, Jun 2024 naik RM91 kepada RM3,768 satu tan dan Julai 2024 menambah RM78 kepada RM3,719 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 310,938 lot daripada 297,272 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 218,313 kontrak daripada 208,948 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Februari Selatan berada pada RM3,970 satu tan, meningkat RM110 daripada RM3,860 satu tan minggu lepas.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 12 Februari (Isnin) bersempena dengan cuti umum Tahun Baharu Cina dan akan beroperasi semula pada 13 Februari (Selasa).- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...