Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM dijangka cenderung menurun
Perniagaan

Niaga hadapan MSM dijangka cenderung menurun

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan kerana peniaga kekal berhati-hati terhadap berkemungkinan berlaku kenaikan stok minyak sawit.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan yang lemah juga mungkin terus memberi tekanan kepada sentimen.

\”Sehubungan itu, pergerakan harga MSM minggu depan dijangka didagangkan antara RM3,620 dan RM3,800 satu tan metrik,\” katanya kepada Bernama.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, niaga hadapan MSM diniagakan kebanyakannya lebih tinggi, menjejaki pergerakan pasaran minyak kacang soya dan harga minyak mentah.

Pada asas mingguan, kontrak November 2023 berkurangan RM41 kepada RM3,675 satu tan metrik dan Disember 2023 merosot RM11 kepada RM3,739 setan metrik.

Bagaimanapun kontrak Januari 2024 menambah RM4 kepada RM3,775 satu tan metrik, Februari 2024 naik RM11 kepada RM3,800 setan metrik, Mac 2024 melonjak RM9 kepada RM3,814 satu tan metrik dan April 2024 meningkat RM14 kepada RM3,813 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan turun 298,477 lot daripada 318,566 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka merosot kepada 212,089 kontrak daripada 224,055 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan berkurangan RM50 kepada RM3,690 satu tan metrik daripada RM3,720 setan metrik pada minggu sebelumnya. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...