KUALA LUMPUR, 6 Julai- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal lengang minggu depan.
Pada minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak tersebut tidak diniagakan dengan kedua-dua jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.
Kontrak bulan semerta Julai 2024, Ogos 2024, September 2024 dan Disember 2024 kekal tidak berubah pada 96.45.
Sepanjang minggu ini, pendasar KLIBOR tiga bulan berada pada kadar 3.59 peratus.
Pasaran akan ditutup pada Isnin, 8 Julai, 2024 sempena cuti gantian Awal Muharram. Pasaran akan beroperasi semula pada Selasa.- Livevartha