Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan pada kecenderungan meningkat minggu depan, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata petunjuk pasaran FBM KLCI meneruskan aliran meningkatnya minggu lepas, disokong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi.

Berdasarkan momentum ini, katanya indeks dijangka berada dalam julat 1,575 hingga 1,600 minggu depan.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata FBM KLCI yang ditutup kukuh pada minggu ini, dengan momentum meningkat, menunjukkan ia dijangka meneruskan trajektori menaiknya pada minggu depan jika petunjuk ekonomi China dan Amerika Syarikat (AS) sejajar dengan positif.

Di pasaran AS, katanya data ekonomi akan memainkan peranan penting dalam menentukan jangkaan jangka pendek untuk penurunan kadar, bermula dengan laporan pekerjaan malam ini, yang menjadi petunjuk penting.

“Jika laporan senarai gaji bukan ladang mengesahkan jangkaan penurunan kadar AS yang pelbagai pada tahun ini, ujian 1,600 untuk FBM KLCI bukan di luar kemungkinan,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, Mei 2024 naik 16.5 mata kepada 1,594.0 manakala Jun 2024 dan September 2024, masing-masing meningkat 16.0 mata kepada 1,595.0 dan 1,583.0.

April 2024 ditutup pada 1,579.50 pada Selasa lepas manakala bulan baharu Disember 2024 mengakhiri minggu ini pada 1,587.0.

Pada minggu dagangan yang singkat berikutan cuti umum, jumlah dagangan merosot kepada 16,231 lot daripada 176,889 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 50,900 kontrak daripada 150,385 kontrak sebelum ini.

FBM KLCI mengakhiri minggu ini dengan naik 14.43 mata kepada 1,589.59 daripada 1,575.16 minggu lepas.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...