Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan mendatar dengan kecenderungan meningkat
Perniagaan

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan mendatar dengan kecenderungan meningkat

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan mendatar dengan kecenderungan meningkat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan kecenderungan meningkat.

Menurut RHB Investment Bank Bhd, dari aspek teknikal, Indeks Kekuatan Relatif turut bergerak mendatar, menunjukkan indeks kekal berada dalam fasa konsolidasi.

“Pada aliran meningkat, paras halangan seterusnya pada 1,637 mata. Paras sokongan terdekat adalah pada 1,600 mata, dengan paras sokongan tambahan pada 1,575 mata,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi minggu baru berakhir, bulan semasa Jun 2024 menambah 15.5 mata kepada 1,618.5, bulan baharu Julai berada pada 1,623.0, September 2024 naik 16.0 mata kepada 1,608.0 dan Disember 2024 meningkat 17.5 mata kepada 1,615.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 44,563 lot daripada 174,737 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 53,827 kontrak daripada 59,191 kontrak sebelum ini.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 21.18 mata kepada 1,617.86 daripada 1,596.68 minggu lepas. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...