KUALA LUMPUR, 8 Mei- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur pada waktu rehat tengah hari Isnin.
Pada tengah hari, kontrak bulan semasa Mei 2024 turun 0.5 mata kepada 1,609.0, Jun 2024 menokok 1.0 mata kepada 1,611.0, September 2024 turun 1.5 mata kepada 1,597.5, manakala Disember 2024 kekal tidak berubah pada 1,603.5.
Jumlah dagangan sebanyak 5,821 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 51,981 kontrak.
Pada pukul 12.30 tengah hari, FBM KLCI merosot 0.35 mata kepada 1,605.68.- Livevartha