Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas teruskan aliran menurun
Perniagaan

Niaga hadapan emas teruskan aliran menurun

Niaga hadapan emas teruskan aliran menurun

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas kenaikan baru-baru ini.

Harga emas mencecah paras tertingginya sejak pertengahan Mei pada Jumaat minggu lepas apabila konflik antara Israel dan Hamas terus memberi sokongan kepada harga komoditi tersebut.

Tumpuan pasaran kini tertumpu kepada angka pertumbuhan ekonomi suku ketiga AS yang akan diumumkan pada minggu ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bagi Oktober 2023 susut kepada US$1,973.00 setiap troy auns daripada US$1,984.90 pada Isnin, November 2023 turun kepada US$1,983.00 setiap troy auns daripada US$1,993.00 dan Disember 2023 jatuh kepada US$1,993.50 setiap troy auns daripada US$2,003.50.

Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada US$2,001.80 setiap troy auns.

Bagaimanapun, jumlah dagangan meningkat kepada 321 lot daripada 280 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 501 kontrak daripada 415 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,973.00 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 23 Okt. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...