Home Perniagaan Niaga hadapan emas diunjur terus meningkat minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas diunjur terus meningkat minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, menjejaki prestasi kukuh Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan sentimen optimis, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata aspek teknikal dan asas emas dilihat memberangsangkan, disokong oleh pelbagai faktor seperti peningkatan permintaan jongkong oleh People\’s Bank of China (PBoC), jangkaan pengurangan kadar Rizab Persekutuan AS dan kelemahan dolar AS.

\”Faktor ini menyumbang kepada sentimen optimis pasaran emas, yang dijangka kekal menggalakkan dalam tempoh terdekat,\” katanya kepada Bernama.

Memandangkan momentum semasa memperlihatkan arah aliran meningkat, Innes berkata harga logam berharga itu boleh melepasi paras US$2,200 setiap auns troy pada minggu akan datang.

Pada minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas diniagakan lebih tinggi menjejaki prestasi positif niaga hadapan emas Comex AS dan kelemahan dolar AS.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan meningkat kepada 192 lot berbanding 58 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 63 kontrak daripada 35 kontrak minggu lepas.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada US$2,176.10 setiap auns troy daripada US$2,053.80 setiap auns troy auns minggu lepas.

Kontrak untuk April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 masing-masing diselesaikan meningkat kepada US$2,186.40 setiap auns troy berbanding US$2,063.80 setiap auns troy minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal pada US$2,153.45 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang Persatuan Pasaran Jongkong London pada 7 Mac.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...