Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup tinggi
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak Ogos 2024 meningkat kepada AS$2,414.30 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,402.20 setiap auns troy pada Rabu.

Sementara itu, kontrak September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,418.00 setiap auns troy daripada AS$2,405.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 24 lot daripada 39 lot manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 75 kontrak daripada 60 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,400.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Ogos. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...