Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring prestasi COMEX
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring prestasi COMEX

Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring prestasi COMEX

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 April– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) dan seiring kedudukan emas sebagai aset selamat dalam ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan gempa bumi yang melanda Taiwan.

Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa April 2024 meningkat kepada US$2,303.30 setiap auns troy daripada US$2,280.80 setiap auns troy semalam manakala Mei 2024 naik kepada US$2,319.10 setiap auns troy daripada US$2,296.60 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak bagi Jun 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 ditutup lebih kukuh pada US$2,324.80 setiap auns troy daripada US$2,302.30 sebelum ini.

Jumlah dagangan merosot kepada 29 lot daripada 66 lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 65 kontrak berbanding 101 kontrak, sebelum ini.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 3 April, harga emas fizikal berada pada US$2,280.15 bagi setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...