Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut

Niaga hadapan emas ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 April– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan bagi hari ketiga dagangan berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Jumaat apabila ketegangan geopolitik terus meningkatkan permintaan terhadap logam itu manakala kekukuhan dolar AS gagal menggugat daya tarikan jongkong.

Pada paras penutup, kontrak bulan semerta April 2024 meningkat kepada US$2,402.4 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,374.4 pada Selasa manakala Mei 2024 naik kepada US$2,418.2 daripada US$2,390.2 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi pada US$2,423.7 setiap auns troy daripada US$2,395.7.

Jumlah dagangan berkurangan kepada lapan lot daripada 28 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 44 kontrak daripada 62 pada Selasa.

Menurut London Bullion Market Association pada 11 April, harga emas fizikal berada pada US$2,345.65 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...