Sunday , 29 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi

Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini kerana pasaran sedang memantau data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan lewat hari ini untuk mendapatkan petunjuk lanjut mengenai dasar monetari AS.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 meningkat kepada US$2,321.1 setiap auns troy daripada US$2,310.7 setiap auns troy semalam, manakala Julai 2024 bertambah kepada US$2,327.9 setiap auns troy daripada US$2,317.5 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,343.1 setiap auns troy daripada US$2,332.0 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 18 lot daripada lapan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 33 kontrak daripada 22 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 11 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,316.50 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...