Saturday , 7 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah

Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 menurun kepada AS$2,311.0 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,312.90 setiap auns troy pada Khamis.

Kontrak bagi Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah kepada AS$2,322.60 setiap auns troy daripada AS$2,323.80 pada Khamis.

Jumlah dagangan tidak berubah pada tiga lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 22 kontrak berbanding 21 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 1 Mei, harga emas fizikal berada pada AS$2,288.85 setiap auns troy.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...