Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup kukuh
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup kukuh

Niaga hadapan emas ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Julai– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,339.00 setiap auns troy daripada US$2,335.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Ogos 2024 naik kepada US$2,355.00 setiap auns troy daripada US$2,351.70 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,355.00 setiap auns troy daripada US$2,351.70 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan susut kepada dua lot daripada 16 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka turun kepada 16 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 28 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,330.90 setiap auns troy. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...