Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas dijangka diniagakan dalam sentimen berhati-hati minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan dalam sentimen berhati-hati minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan dalam sentimen berhati-hati minggu depan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan laporan People\’s Bank of China berhenti menambah pembelian emasnya pada Mei selepas 18 bulan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan laporan People\’s Bank of China berhenti menambah pembelian emasnya pada Mei selepas 18 bulan.

Menurut nota penyelidikan Bank Muamalat Bhd, bank-bank pusat dilihat mempelbagaikan portfolio mereka, dijangka beralih daripada dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan ketidaktentuan yang meningkat menyelubungi ekonomi AS.

“Dengan permintaan meningkat daripada bank-bank pusat dan industri lain, harga emas dijangka kekal disokong dengan baik,” katanya.

Harga emas berada pada aliran meningkat yang stabil, berada pada sekitar AS$2,344.53 setiap auns troy pada 27 Mei, menunjukkan kenaikan 13.6 peratus sejak awal tahun.

Harga emas telah berada pada trajektori meningkat, menunjukkan masih ada potensi untuk kenaikan harga, terutamanya dengan jangkaan pelaburan yang panjang.

Ini terutamanya, permintaan daripada bank-bank pusat dan institusi lain yang meningkat dengan ketara kepada 21 peratus pada 2023 daripada hanya dua peratus pada 2010.

Permintaan dalam segmen ini telah berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 21.9 peratus setahun dari 2010 hingga 2023, mengatasi kadar pertumbuhan permintaan emas secara keseluruhan sebanyak 1.0 peratus setahun.

“Oleh itu, kami yakin status emas sebagai aset selamat kekal kukuh,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Jun 2024 naik kepada AS$2,355.0 setiap auns troy daripada AS$2,353.60 setiap auns troy minggu lepas dan Julai 2024 meningkat kepada AS$2,361.80 setiap auns troy daripada AS$2,353.60 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024, masing-masing naik kepada AS$2,377.0 setiap auns troy daripada AS$2,353.60 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan merosot kepada 71 lot daripada 119 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 52 kontrak daripada 25 kontrak pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal sebanyak AS$2,360.60 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 6 Jun.

Sementara itu, jumlah permintaan emas mencecah 4,930.4 tan pada 2023, naik 3.6 peratus daripada tahun sebelumnya.

Majoriti permintaan ini didorong oleh fabrikasi barang kemas, yang menyumbang 45 peratus daripada jumlah permintaan pada 2023.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...