Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas dijangka diniaga dalam aliran rendah minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas dijangka diniaga dalam aliran rendah minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka diniaga dalam aliran rendah minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menurun pada minggu depan berikutan prospek dolar AS yang lebih kukuh dan peserta pasaran memantau dekat perkembangan ekonomi global, kata penganalisis.

Pelabur juga dikatakan sedang mencari kejelasan pendirian monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengenai kadar faedah yang akan memberi hala tuju harga logam kuning berharga itu.

Namun begitu, aliran selamat di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat mungkin menaikkan harga emas.

Jumlah niaga hadapan emas dalam pasaran tempatan naik kepada 168 lot daripada 31 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 85 kontrak daripada 64 kontrak seminggu sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Rabu, 22 Mei, untuk cuti umum Hari Wesak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Mei 2024 turun kepada US$2,344.00 setiap auns troy daripada US$2,389.40 setiap auns troy.

Kontrak untuk Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah pada US$2,354.60 setiap auns troy berbanding US$2,399.00 setiap auns troy seminggu sebelumnya.

Menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 23 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,357.35 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...