Saturday , 7 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas dijangka catat dagangan berhati-hati jejaki perkembangan luaran
Perniagaan

Niaga hadapan emas dijangka catat dagangan berhati-hati jejaki perkembangan luaran

Niaga hadapan emas dijangka catat dagangan berhati-hati jejaki perkembangan luaran

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan, menjejaki perkembangan luaran dan prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, penyusutan dolar AS selepas sidang media Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS tidak lama.

“Dalam dagangan Asia, indeks dolar AS (DXY) melepasi paras tertinggi sebelum FOMC. Dolar AS yang mengukuh semula ini menjejaskan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat.

“Oleh itu, emas dijangka berkurangan dalam jangka pendek,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata, pada masa ini, emas diniagakan pada AS$2,166 setiap auns troy dan jika dolar AS menguji bahagian atas julat DXY (104.75-105), emas akan berada di bawah AS$2,150 setiap auns troy.

“Bagaimanapun, emas dijangka berada antara AS$2,150 dan AS$2,175 setiap auns troy minggu depan,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas diniagakan kebanyakannya rendah, menjejaki prestasi niaga hadapan emas COMEX AS dan dolar AS yang kukuh.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas dalam pasaran tempatan meningkat kepada 121 lot daripada 105 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 58 kontrak daripada 43 kontrak minggu lepas.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Mac 2024 merosot kepada AS$2,171.30 setiap auns troy daripada AS$2,173.80 setiap auns troy minggu lepas.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024, masing-masing berkurangan kepada AS$2,181.20 setiap auns troy berbanding AS$2,183.90 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal sebanyak AS$2,170.50 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 21 Mac. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...