Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan NCER tarik pelaburan bernilai RM21.41 bilion pada 2023
Perniagaan

NCER tarik pelaburan bernilai RM21.41 bilion pada 2023

NCER tarik pelaburan bernilai RM21.41 bilion pada 2023

FOTO NCER

KUALA LUMPUR, 21 Februari- Wilayah Ekonomi Koridor Utara; NCER berjaya menarik pelaburan bernilai RM21.41 bilion tahun lalu.

Daripada jumlah itu, RM41.45 bilion nilai pelaburan telah direalisasi, dengan lebih 24,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Pelaburan langsung asing; FDI menyumbang sebanyak RM8.97 bilion.

Amerika Syarikat merupakan pelabur asing terbesar dengan sumbangan FDI berjumlah RM8.12 bilion, diikuti China RM55 juta dan Jerman RM28 juta.

Manakala, pelaburan domestik menyumbang RM12.44 bilion.

Menurut Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan, jumlah pelaburan yang dicapai melebihi sasaran awal berjumlah RM18 bilion.

Sekali gus mencerminkan keberkesanan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021-2025 yang berperanan memacu pelaburan ke rantau ini dan memperluas pembangunan sosioekonomi NCER.

Menerusi pelan berkenaan, NCER disasar menjadi wilayah ekonomi bernilai RM300 bilion menjelang 2025.

Setakat Disember 2022, NCIA telah pun mencapai nilai Keluaran Dalam Negara Kasar; KDNK sebanyak RM249.5 bilion.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...