Thursday , 19 September 2024
Home Perniagaan MyDIGITAL Corp, Bursa Malaysia bekerjasama pacu teknologi digital
Perniagaan

MyDIGITAL Corp, Bursa Malaysia bekerjasama pacu teknologi digital

MyDIGITAL Corp, Bursa Malaysia bekerjasama pacu teknologi digital

Foto FB Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 6 September-MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp) dan Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) menjalin kerjasama bagi memperkasa syarikat awam tersenarai untuk mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui penggunaan teknologi digital.

Menerusi kolaborasi itu, kedua-dua pihak akan meneroka pelbagai inisiatif termasuk pertukaran amalan terbaik dan penganjuran Cabaran Inovasi ESG Centre4IR Malaysia.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata,kerjasama itu sejajar hasrat kerajaan menerusi kementeriannya untuk menyokong dan mempercepat usaha ESG menerusitransformasi digital.

\”Langkah itu merupakan bukti perjalanan transformasi digital negara yang berterusan.

\”Ia juga menunjukkan komitmen kukuh kerajaan untuk menerapkan kemampanan dalam teras strategi pembangunan negara,\” katanya pada majlis pemeteraian Memorandum Kerjasama antara MyDIGITAL Corp dan Bursa Malaysia.

MyDIGITAL Corp turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lima syarikat awam tersenarai (PLC) Malaysia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...