Home Perniagaan MPN fokus strategi pelaburan hijau
Perniagaan

MPN fokus strategi pelaburan hijau

MPN fokus strategi pelaburan hijau

engku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berucap pada Forum Perkongsian Kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Strategi pelaburan hijau akan terus jadi fokus utama Majlis Pelaburan Negara; MPN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, strategi itu akan menyokong hasrat Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pertama di rantau ini.

Jelas beliau, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan MPN dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

\”kita akan memberi fokus kepada beberapa sektor yang kita akan memberi pencerahan nanti dan yang pentingnya ialah kita mahu memastikan ini dapat merancakkan ekonomi negara kita, dan pada masa sama, dapat dapat capai sasaran yang telah ada dalam NETR dan NIMP,\”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Forum Perkongsian Kerjasama InisiatifJalur dan Laluan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Forum itu juga menjadi platform yang mengukuhkan hubungan antara kedua negara, melalui kerjasama ekonomi, perniagaan, dan budaya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...