KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin tahun 2024 menjanjikan prospek cerah aktiviti pelaburan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (Miti),Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata prospek tersebut selari dengan prestasi pelaburan separuh tahun pertama 2023 yang mencecah nilai RM132.6 bilion, 60 peratus berbanding sasaran awal.
Jumlah tersebut menurut Zafrul, didorong oleh sumbangan signifikan Pelaburan Langsung Tempatan (DDI), selain Pelaburan Langsung Asing (FDI).
\”Kita mahu aktiviti pelaburan memanfaatkan industri kita, meliputi pembinaan, pembekalan dan sebagainya.
\”Kita juga mahu mempelbagaikan ekonomi kerana kita merupakan negara perdagangan. Malahan, nilai perdagangan kita berbanding KDNK tahun lalu mencecah 160 peratus\”, kata Zafrul yang ditemui pada sesi dialog Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 di sini pada Isnin.
Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM200 juta menyokong NIMP 2030 dengan tumpuan kepada menambah nilai aktiviti pembuatan selain pembangunan PMKS.
(Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz)