Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan MITI raih potensi pelaburan RM1.45 bilion dan eksport RM550 juta dari Jepun
Perniagaan

MITI raih potensi pelaburan RM1.45 bilion dan eksport RM550 juta dari Jepun

MITI raih potensi pelaburan RM1.45 bilion dan eksport RM550 juta dari Jepun

FOTO FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meraih potensi pelaburan RM1.45 bilion dan eksport bernilai RM550 juta daripada syarikat Jepun.

Ia diperoleh hasil pertemuan diadakan sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bermula 22 hingga 24 Mei, 2024.

Menerusi pelaburan itu, beberapa projek akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.

Ia bakal membantu Malaysia mewujudkan ekosistem kukuh dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau.

Manakala beberapa projek merupakan pemangkin penting ke arah mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

Antara syarikat yang terlibat dalam perbincangan bersama MITI ialahTokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS Holdings, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan berkata, peluasan projek oleh pelabur Jepun merentasi pelbagai sektor strategik, turut mencerminkan keyakinan berterusan terhadap landskap perindustrian Malaysia.

Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar negara tahun lalu dan pelabur keempat terbesar dalam sektor pembuatan.

Setakat 2023, sejumlah 2,810 projek pembuatan telah dilaksanakan, dengan jumlah pelaburan RM102.11 bilion yang mewujudkan lebih 344,000 peluang pekerjaan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...